Wednesday, 17 February 2016

Haaa Tudia !!! Abang2 Kakak2 yang inai di jari masih merah ang-ang boleh tengok pakej kali ni.
Tak kan lepas kahwin tak p honeymoon kot? Kesian bini, dekat2 pon tak apa janji berhoneymoon.haha.
So, kali ni OLA nak promote pakej honeymoon di Pulau Langkawi.
Kepada bakal pengantin boleh la usha2 dulu, ada dua pakej honeymoon mengikut bajet dan citarasa masing-masing.





LANGKAWI HONEYMOON PACKAGES


ROMANTIC SUNSET CRUISE

  • Penginapan 3 hari 2 malam di Aseania Resort & Spa
  • 2 x sarapan untuk 2 orang
  • 1 x set makan tengahari untuk 2 orang
  • Wow! siap ada candle light dinner dekat tepi pool.
  • Ini special sikit dapat 1 bucket buah di dalam bilik masa check in
  • OLA pun suka aktiviti ni sunset dinner cruise + makan malam, memang jadi Romeo & Juliet la atas cruise ni.haha.
  • Okay kalau anda beli pakej dari Sari Dewi Spa, anda akan dapat 20% diskaun.
  • Pakej ini juga termasuk dengan pick up dan transfer ke jety atau airport.
  • Jgn bagitahu pasangan anda sebab ada free gift untuk pakej ini.huhu.



ROMANTIC GETAWAY
  • Pakej ini sama sahaja dengan pakej diatas cuma berbeza di aktiviti. So, aktiviti untuk pakej ini anda boleh pilih untuk joint aktiviti Half Day Tour atau Island Hopping.
  • Half Day Tour (4 Jam) adalah anda akan disediakan private car + driver dan anda akan dibawa ke tempat-tempat menarik yang terdapat di Pulau Langkawi.
  • Island Hopping ialah aktiviti dimana anda akan dibawa menaiki bot dan dibawa ke 3 pulau : Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar (eagle feeding).



Nota :
  • Harga bagi pakej Romantic Sunset Cruise dan Romantic Getaway ini adalah untuk 2 orang sahaja.


Ada yang berkenan tak bakal ‘Raja Sehari’? Kalau berkenan jangan malu-malu nak call/whatsapp OLA 013-4164659.


Kompang dipalu pengantin baru,
Duduk bersanding tersipu malu,
Kompang dipalu pengantin malu,
Moga bahagia ke anak cucu.

Tuesday, 16 February 2016

Tengah plan nak bercuti dengan geng-geng ofis ke?
Tapi nak pergi bercuti di mana eh? Buntukan? Sorang nak pergi New Zealand, sorang lagi pulak Pulau Perhentian dan sorang lagi plak nak pergi Thailand. Kalau ada 40 orang satu dunia diorang nak pergi.haha..
So, bagi memudahkan korang memilih tmpat bercuti bersama rakan-rakan yang tersayang, One Love Adventures (OLA) nak payung sikit pakej untuk group.






LANGKAWI TOUR


ITENARI:


Hari Pertama

PAGI         :  Transfer dari Jeti Kuah dan check in di Aseania Resort & Spa Langkawi.
PETANG  :   Aktiviti Island Hopping ke 3 pulau ;

  •  Pulau Dayang Bunting
  •  Pulau Beras Basah
  •  Pulau Singa Besar (eagle feeding)
MALAM   :   Free & Easy


Hari Kedua

PAGI          :   Full Day Tour (8 jam)

  •  Cable car
  •  Underwater World
  •  Kilang Gamat
  •  Pekan Kuah (Shopping)
  •  Makan tengahari di Restoran masakan kampung.
MALAM     :   Free & Easy

Hari Ketiga

PAGI            :   Check out dan transfer ke jeti.


Nota.

  1.  Minimum 40 orang keatas untuk mendapatkan harga pakej yang ditawarkan.
  2.  Makan tengahari pada hari kedua termasuk di dalam pakej.
  3.  Bayaran pintu masuk untuk tempat-tempat menarik 'Full Day Tour' tidak termasuk di dalam pakej.
  4.  Promosi pakej ini sah sehingga 25 November 2016 dan caj akan dikenakan pada tarikh cuti sekolah dan cuti umum.
  5.  Hotel Aseania Resort & Spa berdekatan dengan Pantai Cenang.

Amacam? puas hati dengan promosi pakej group dari OLA?
Kalau puas hati OLA mintak 'Tour Leader' call / whatsapp OLA ke number 013-4164659 secepat yang mungkin kerana ada ganjaran menanti 'Tour Leader'.


One Love,
One Heart,
Let's get together & travel with us.

Friday, 12 February 2016

ANDA NAK BERCUTI??? Tapi, bajet kurang sebab ekonomi kurang cun??? Macam mana pon nak kena bercuti jugakkan sebab stress dengan kerja yang banyak…
Nak pergi overseas tak payah lagi kot, ekonomi tegah jatuh ni. Bercuti dalam Malaysia dulu la…
MAI SINI!!!  One Love Adventures (OLA) nak  tawar harga murah2 ja untuk pakej pelancongan.
Try usha pakej Langkawi Island OLA ni dulu.
Tak berkenan tak apa, OLA bukan nak paksa suruh beli pon.. Tengok saja pon tak pa, tak kena duit pon..




LANGKAWI ISLAND
Promosi pakej ini sah sehingga  25 November 2016 dan caj akan dikenakan pada tarikh cuti sekolah dan cuti umum.
Pakej Langkawi Island ini termasuk penginapan di Fave Hotel Cenang 2 malam beserta sarapan pagi untuk 2 orang.
Pakej ini juga termasuk kereta Toyota Vios untuk 3 hari.
Aktiviti Island Hopping ke 3 pulau ;
  • Pulau Dayang Bunting
  • Pulau Beras Basah
  •  Pulau Singa Besar (eagle feeding)



Fave Hotel yang OLA suggest ni hotel baru tahu, InsyaAllah selesa.
Kemudahan asas pon banyak, yang penting dekat dengan Pantai Chenang.
Kalau berkenan apa lagi yeop, call/whatsapp laju-laju ke nombor 013-4164659 sementara promosi masih ada.

Wednesday, 10 February 2016

TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA

            Sebagai pengenalan, berbagai jenis pelancongan dan tempat menarik di Malaysia yang sesuai untuk dijadikan destinasi percutiaan. Negara kita mempunya perkhidmatan pengangkutan yang baik dan pelbagai perkhimatan lain yang menyokong industry pelancongan. Hampir semua destinasi pelancongan di Malaysia mempunyai kemudahan perkhidmatan seperti hotel, resort atau chalet yang turut menyediakan makanan serta aktiviti kepada pengunjung. Agensi pelancongan juga turut menawarkan pelbagai pakej percutian ke mana sahaja termasuk pulau, kawasan tanah tinggi, taman tema dan tempat bersejarah.  One Love Adventures juga tidak melepaskan peluang menyediakan perkhidmatan ke destinasi menarik di seluruh Malaysia.


TAMAN TEMA

Salah satu percutian popular di Malaysia ialah taman tema. Berikut merupakan taman tema yang menjadi tumpuan pelancong untuk beriadah ;

  • Desa Water Park
  • Genting highland
  • Sunway Lagoon
  • Legoland
  •       Lost World Tambun


  •  Genting Highland


PULAU DI MALAYSIA

Pemandangan dasar laut di sekitar pulau-pulau di Malaysia adalah antara yang tercantik di dunia. Antara pulau-pulau yang menjadi tempat percutian menarik di Malaysia ialah :
  • ·        Pulau Perhentian
  • ·        Pulau Tioman
  • ·        Pulau Redang
  • ·        Pulau Pangkor
  • ·        Pulau Langkawi




Pulau Langkawi


TEMPAT PERANGINAN TANAH TINGGI DI MALAYSIA

Percutian di kawasan peranginan tanah tinggi memang menyeronokkan. Suasa damai dengan kehijauaan pokok-pokok dan udara bersih yang menyegarkan memberi kepuasan tersendiri. Jika anda inginkan suasana percutian seperti di Luar Negara, ada beberapa tempat menarik di Malaysia yang boleh anda kunjungi seperti
  • ·         Cameron highland
  • ·         Genting highland
  • ·         Bukit fraser
  • ·         Bukit bendera
  • ·         Gunung jerai




Cameron Highland


KOLAM AIR PANAS DI MALAYSIA (HOTSPRINGS)

Pelancongan kolam air panas bukan macam dulu lagi. Kini kolam air panas merupakan antara tempat menarik di Malaysia yang menyediakan berbagai kemudahan termasuk resort dan chalet untuk pengunjung. Antara destinasi percutian popular kolam air panas ialah :
·         Banjaran Hotspring, Perak
·         Felda residence Hotspring, Perak
·         Poring Hot Spring, Sabah
·         Tambun Hot Springs, Perak.
·         Ulu Lengong Hot Springs, Kedah
·         Pedas Hot Springs, Negeri Sembilan


Banjaran Hot Spring


AIR TERJUN DI MALAYSIA

Air terjun lebih terkenal sebagai lokasi perkelahan dan tempat rekreasi. Pelbagai uasaha kerajaan bagi memajukan kawasan air terjun dengan membina chalet dan resort. Antara air terjun yang popular di Malaysia untuk dikunjungi :
  • ·         Air Terjun Kemensah, Selangor.
  • ·         Air Terjun Serendah, Selangor.
  • ·         Air Terjun Chamang, Pahang.
  • ·         Air Terjun Sekayu, Terengganu.
  • ·         Air Terjun Gunung Ledang, Johor.
  • ·         Air Terjun Sungai Gabai, Selangor.
  • ·         Air Terjun Lata Bukit Hijau, Kedah.


Air Terjun Kemensah


PANTAI DI MALAYSIA

Malaysia mempunyai banyak pantai yang sangat cantik di pulau peranginan. Namun pantai di tanah  besar tidak kurang hebatnya. Berikut merupakan pantai popular yang terdapat di Malaysia :
  • ·         Pantai Port Dickson,  Negeri Sembilan.
  • ·         Pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
  • ·         Pantai Desaru, Johor.
  • ·         Pantai Cherating, Pahang.
  • ·         Pantai Teluk Cempedak, Pahang.




Pantai Cherating


TEMPAT SEJARAH DI MALAYSIA

Tempat sejarah juga sesuai untuk keluarga. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati seperti muzium, tempat bersejarah, kesan peninggalan sejarah dan lain-lain.
  •    Melaka – Destinasi pelancongan yang popular untuk melihat dan mempelajari              sejarah Malaysia serta peninggalan perang. 
  •    Pulau Pinang – Terdapat banyak kesan peninggalan sejarah dan juga muzium.
  •    Sabah – negeri yang berada di bawah penjajah lebih dari seratus tahun ini masih        mempunyai pelbagai kesan peninggalan sejarah untuk dilawati.
A'Famosa Melaka

Wednesday, 3 February 2016

Visi, Misi dan Objektif One Love Adventures


One Love Adventures  bermatlamat menjadi syarikat yang dipercayai oleh setiap pelancong agar ia memberi satu impak kepada perkembangan industry pelancongan di Malaysia. Memandangkan Malaysia mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik, syarikat kami tidak akan melepaskan peluang dalam memberi info terbaru  mengenai destinasi pelancongan seterusnya mempromosikan destinasi pelancongan tersebut.

VISI

“1 pengembaraan 1 hati”

Satu pengembaraan yang ditawarkan memberi satu kepuasan di hati pelanggan yang menggunakan perkhidmatan dari syarikat kami.

MISI
  •  Menjadi travel agensi yang dapat memuaskan kehendak pelancong.
  • Memberi perkhidmatan yg terbaik serta mesra pelanggan.
  • Memastikan keselesan dan keselamatan pelancong yang menggunakan perkhidmatan.
  •  Menjalin hubungan jangka pendek dan panjang dengan pelanggan


OBJEKTIF SYARIKAT
  • Membantu dalam pertumbuhan industry pelancongan di Malaysia.
  • Memperkenalkan Negara Malaysia ke mata dunia.
  •  Menawarkan perkhidmatan yang terbaik serta pakej pelancongan yang berpatutan.
  • Menjadi sebuah syarikat yang berkomitmen dalam industri pelancongan.
  • Menjadi pakar runding yang terbaik dalam setiap destinasi pelancongan.

Monday, 1 February 2016

Warmest regards from One Love Adventures…

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

One Love Adventures adalah sebuah syarikat pelancongan yang beroperasi di Perlis. Syarikat ini telah didaftarkan di Pulau Langkawi (KV0011822-K) dan mula beroperasi pada pada 11 oktober 2014. Syarikat kami menyediakan pelbagai servis pelancongan seperti,
  • Tempahan Hotel
  • Kereta Sewa
  • Private atau group pakej
  • Student pakej
  • Pakej pelancongan diseluruh Malaysia dan Thailand

Harga bagi setiap pakej pelancongan yang kami tawarkan adalah berpatutan mengikut keperluan dan kemampuan pelancong. Untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan mengenai pakej yang kami sediakan, anda boleh berhubung dengan kami melalui :

Talipon / sms / WhatsApp   :   Sohfi  +013 416 4659
Email                                   :   1loveadvs@gmail.com